Wednesday, January 26, 2011

7 tahun sudah..........



Pejam celik..pejam celik…tak sangka sudah tujuh tahun usia perkahwinan saya dan suami. Rasanya macam baru je lagi saya mula kenal dia. Dan sebenarnya masih lagi belajar mengenali. Kami sambut ulangtahun perkahwinan pada 22 Januari hari itu.


Dalam tempoh tujuh tahun ni macam-macam perk
ara mengenai suami telah saya pelajari. Pada awalnya, selepas tiga tahun berkahwin, saya rasa saya sudah cukup mengenali dia, tapi rupanya tidak. Ada sahaja ‘surprise’ yang menanti saya selepas itu…... sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang. Saya rasa manusia tidak akan pernah tahu hati budi dan jiwa manusia lain sedalam-dalamnya. Perkara ini hanya ada dalam genggaman Allah s.w.t.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk benar-benar mengenali dan faham seseorang itu? Lima tahun? 10 tahun? 30 tahun? Atau sebenarnya sampai bila-bila pun kita tidak akan kenal dan faham, sentiasa terkejut dan terperanjat dengan kenalan kita itu.

Apapun bagi saya, saya suka kepada elemen surprise dalam hidup. Pada saya tak jadi hal sekiranya suami atau mana-mana kenalan saya menonjolkan sikap yang berlainan dalam waktu dan ketika lain. Ia mencabar minda, ego dan emosi saya. Cabaran sebegini memberi banyak pengalaman mengenai perhubungan dan komunikasi dengan manusia. Ada nilai “adventure” di situ.

2 comments:

  1. Salam.. akak..Selamat Menyambut Ulang TAhun Perkahwinan ke 7.. semoga kekal sehingga ke akhir hayat..
    wah akak cute.. erma kawin x sempat kurus ha ha ha.. Tahniah akak.. akak lupa.. u all dah bertiga hasil 7 thn.. mana husna ha ha ha.. cabot....

    ReplyDelete
  2. tu le erma...akak ari tu masa dinner nk ambik gambar bertiga ngan husna...dia asyik cabut lari jer..tk nk bergambar..last2 tinggal ayah ngan ibu dia jer la....nantilah akak buat satu n3 khas pasal husna....

    ReplyDelete