Wednesday, November 24, 2010

Aku, Kak Su, Oly dan Jaja&Din


Sebenarnya sudah lebih setahun saya tidak memasukkan apa-apa 'entry' dalam blog ini. Entah kenapa tiba-tiba malam ini seperti sudah sampai "seru" pula untuk meluahkan apa ada dalam minda. Sekali masuk tiba-tiba banyak pulak rasanya mahu dicatatkan....

Entry kedua ini masih lagi mengenai novel...Kali ini novel Jaja & Din pula, karya Noor Suraya. Saya mempunyai kenangan manis dengan novel ini. Saya membelinya ketika Pesta Buku Antarabangsa tahun ini. Saya berjumpa dengan penulisnya, yang sangat baik dan "down to earth". Novel saya ada tandatangan beliau.
Selepas itu saya melawat booth karikatur. Saya ke booth itu pada asalnya untuk duduk merehatkan kaki di samping melihat kartunis-kartunis yang ketika itu melukis karikatur pelanggan yang singgah di booth mereka. Kerana tertarik, saya meminta salah seorang daripada mereka melukis karikatur anak saya (berdasarkan daripada gambar yg sedia ada dalam hp). Ketika itu penulis Jaja & Din, Kak Su yang mahu pulang, singgah sebentar ke booth tersebut dan mengenalkan saya kepada kartunis Oly yang melukis ilustrasi kulit novel Jaja & Din. Saya pun apa lagi, keluarkan novel dan meminta Oly meninggalkan tandatangannya pada novel itu. Jadi saya ada tandatangan penulis dan pelukis bagi novel Jaja & Din...Kerana inilah saya amat berat sekali untuk meminjamkan novel Jaja & Din kepada orang lain. Jangan marah.....ahaks!
Seperti juga Nyanyi Sunyi karya Maskiah Masrom, novel Jaja & Din mengangkat tema percintaan berlandaskan pada agama. Cara Kak Su melakarkan kedua-dua watak utama itu sangat memberi kesan kepada hati saya. Bak kata orang putih,dengan izin "so sweet".....Bagi saya mana-mana makhluk bernama "perempuan bujang" yang membaca novel ini akan terus jatuh cinta kepada Din. Saya pula berangan mahukan menantu macam Din suatu hari nanti. Gila kan?! Memang gila dan kebudak-budakan, tetapi ini menunjukkan betapa berjayanya cerita novel ini memberi kesan mendalam kepada pembaca sehingga pembaca seperti saya boleh, dengan izin sekali lagi "think the unthinkable" dengan erti kata lain fikir benda melalut la.
Kalau tak percaya, carilah novel ini dan bacalah...beberapa orang yang saya syorkan membaca novel ini, mengiakan kata-kata saya...

No comments:

Post a Comment