Sunday, December 4, 2011

Senja di Cuping.......



 




gambar-gambar ini diambil dgn menggunakan camera nikon D5000 saya...lokasinya di Cuping, Perlis....saya terpegun melihat skyline senja yg sangat cantik....saya duduk hampir setengah jam di bahu jalan melihat kepada perubahan cahaya di kaki langit .....waktu ketika itu lebih kurang dalam 7.00 mlm, menghampiri Mahgrib.
 

Tuesday, June 21, 2011

Nukilan rasa buat Allahyarham Bakri Ibni bin Yahaya -- Bahagian II (akhir)

Pagi Jumaat minggu lepas adalah kali ke tiga saya bertemu dengan kelas asas komunikasi semester 3 untuk subjek Introduction to Communication Technology... Sebelum ke kolej pagi itu, saya singgah di gerai menjual kuih berhampiran rumah saya. Niat di hati mahu membeli sedikit kudapan untuk warga asasi dan juga untuk pelajar saya. Automatik saya meminta tuan gerai itu membungkus 24 ketul kuih untuk 8 org pelajar saya (dan beberapa ketul lagi untuk rakan sekerja pusat asasi). Saya memandu ke kolej dgn senang hati...

Sampai di kelas pagi itu, saya meminta pelajar saya, Hanif  untuk 'photostate' nota sebanyak lapan copy untuk semua lapan pelajar saya....tetapi Hanif teragak2 seketika dan memandang saya sambil berkata "tujuh copy puan". Saya agak kebingungan seketika. Tujuh???

Then it hits my head! Memang lah tujuh kerana seorang sudah tiada. Bakri tiada lagi bersama kami. Ya Allah! Sungguh, ketika itu saya terkesima sekejap.

Semasa memesan kuih, saya hanya bayangkan pelajar saya yang seramai lapan orang itu. Kerana sudah menjadi kebiasaan sebelum ini, apa sahaja yang saya pesan untuk mereka, semuanya lapan....Nampaknya kini saya kena biasakan lidah saya (dan 'tuning' otak saya) untuk kata TUJUH.....

Setiap daripada kami amat merasai kehilangan Bakri, namun kami akur dengan takdir Allah ini.Saya sudah menerima kenyataan ini. Pelajar asas komunikasi semester 3 nampaknya kini sudah dapat menerima ketiadaan Bakri di dalam kelas. They start to make jokes and seems to enjoy their campus life....Everything is back to normal but deep down inside their hearts, the memory of him will always remain...... Al-Fatihah for Bakri Ibni bin Yahaya....almost a month now...

Wednesday, May 25, 2011

Nukilan rasa untuk Allahyarham Bakri Ibni bin Yahaya - Bahagian 1

Dari kiri : Nur Saffiyah bt Sahani, Noor Hidayatul Huda bt Mohd Sharif, Nurul Hidayati bt A Kasah,
Muhammad Shahrul Shahwal bin Nordin, Allahyarham Bakri Ibni bin Yahaya,
Che Muhammad Farris bin Che Isa, Mohd Hanif bin Mohammad Halmi dan Ahmad Adib bin Tahiron


Gambar di atas di ambil pada 14 Mac tahun ini. Lokasinya adalah di Alamanda, Putrajaya. Kelapan-lapan mereka ini adalah pelajar saya. Orang di sebalik kamera ini adalah saya sendiri = saya yang shoot gambar ini. Hari itu adalah hari saya meluangkan masa bersama-sama dengan mereka. Sungguh, apabila saya menatap gambar ini, pelbagai rasa menular dalam diri saya.

Saya rasa bertuah kerana telah dan pernah meluangkan masa senggang bersama-sama dengan mereka. Saya mencipta kenangan untuk diri saya sendiri ketika bersama-sama dengan mereka dan kenangan itu banyak berkait rapat dengan Bakri.

Bakri adalah seorang insan yang sangat baik yang pernah saya temui. Tiada perkataan "musuh" @ "gaduh" @ "benci" dalam kamus hidupnya. Sebagai pelajar pula, Bakri adalah seorang yang amat menghormati gurunya.

Satu perkara yang amat saya suka tentang Bakri adalah sikapnya yang suka mengambil berat. Malahan saya sendiri tidak terlepas daripada "kerisauannya" itu.

"Puan sihat?" "Puan dah makan ke belum?" "Puan ada masalah ke? Tadi dalam kelas nampak lain jer mood puan." "Puan tak puas hati dengan kami ke?"  Ini adalah antara soalan-soalan yang sering dihamburkan kepada saya ketika saya online di FB. Adakalanya saya tak terjawab soalan-soalan "risau" Bakri itu.

Berbalik kepada gambar di atas....saya termenung seketika apabila menatap kembali gambar ini semalam. Daripada lapan, kini tinggal tujuh. Bagaimanakah agaknya kelas asas komunikasi tanpa Bakri pada semester akan datang ini?

Sunday, May 15, 2011

Pelajar tanpa kerja kursus=gagal

Majoriti pelajar amat bergantung kepada markah kerja kursus untuk mengekalkan tahap grade yang baik. Sekiranya hanya sekadar mengharapkan peperiksaan akhir, ramai pelajar akan gagal. Cerita ini bukan termaktub kepada pelajar yang mengambil subjek yang diajar oleh saya, tetapi juga subjek-subjek di luar lingkungan lapangan komunikasi.

Ramai pelajar tidak tahu yang pensyarah selalu sahaja "agak" tertekan apabila memeriksa kertas peperiksaan akhir. Bukan sahaja kerana tulisan yang menjulingkan mata, tetapi juga gaya penulisan yang bercelaru. Ada kalanya kami terpaksa membaca satu patah ayat itu berulang kali untuk memahami apa yang pelajar berkenaan mahu sampaikan. Kami sebagai pensyarah cuba sedaya-upaya kami memberi keadilan kepada pelajar dengan mencari, meneliti dan menggali isi-isi yang boleh memberikan markah ke atas skrip jawapan mereka semua.

Tidak dapat dinafikan ada juga beberapa pelajar yang tahu mencorakkan permarkahan mereka sendiri iaitu dengan memberi hasil kerja kursus yang memuaskan. Pelajar sebegini sering sahaja berupaya memperolehi A atau  B+ yang kuat untuk subjek berkenaan walaupun mereka tidak suka kepada subjek tersebut.

Apabila menyentuh tentang assingnment, bagi saya kerja TANPA COPY & PASTE itu sgt penting. This whole thing 'bout copy & paste, I blame it on the technology...although I knew I shouldn't (sigh)....

Namun begitu, saya tetap juga menerima  hasil kerja yang ada unsur plagiat itu dengan syarat ianya tidak melebihi 50% daripada keseluruhan hasil kerja yang diberikan kepada saya. Tetapi kalau sudah hampir 90% kerja yang diberikan berdasarkan footnote sahaja (cuma kesimpulan sahaja idea sendiri, itupun entah apa2), bagaimana saya mahu menilai kemampuan dan standard pelajar berkenaan?

Berbalik kepada topik utama cerita ini, iya memang ramai pelajar gagal sekiranya hanya mengharapkan markah peperiksaan akhir. Untunglah sistem grading IPT berbeza dengan sekolah sejak dari dahulu lagi. Kalau tidak, alamatnya dalam 1000 yang masuk, hanya 100 sahaja yang berjaya sampai konvo.

Hmmmmm......? Saya sedang memikirkan sesuatu yang menakutkan.....adakah saya dan berjuta lagi bekas mahasiswa yg ada skrg ini juga tergolong dalam 900 itu seandainya sistem permarkahan IPT hanya bergantung kepada peperiksaan akhir? Haha....

Monday, May 9, 2011

Spice Girls dan Emak.....

Apa kaitan group lama dari negara bekas penjajah ini dengan emak saya? Tak ada kaitan sebenarnya melainkan lagu mereka yang mengingatkan saya kepada emak. 

Kebetulan  lagu "Mama" dikeluarkan 5 bulan selepas pemergian emak. Ketika lagu ini kerap diputarkan dalam corong radio dan sangat popular pula ketika itu, ketika itu jugalah saya teringat kembali kepada emak saya yang bertarung dengan nyawanya dalam wad di HKL.

Kami berkampung selama 5 hari 4 malam di HKL. Dua hari pertama kami mengharap yang emak akan melepasi tahap kritikal, tapi hari ketiga...doktor memanggil kami semua dan saya masih ingat lagi doktor perempuan keturunan India tu (dah lupa apa nama dia) dengan wajah yang sangat serba salah dia mengatakan pihak hospital tidak dapat menjamin kelangsungan nyawa emak. Pada saat itu air mata saya keluar tanpa henti.

Semasa emak sedang koma, hujan sentiasa sahaja turun. Saya berdiri di hadapan tingkap yang menghadap Menara Berkembar Petronas (baru saja siap @ sedang dalam pembinaan? tk pasti tapi nampak mcm dah siap time tu). Aliran air hujan menuruni tingkap dan begitu juga dengan air mata saya. Adakalanya saya tidak sedar air mata saya keluar mengalir.

Saya ingat lagi ketika itu kami sekeluarga keluar masuk wad HKL ikut suka tanpa mengira waktu dan pengawal keselamatan memberi keistimewaan kepada kami (tk perlu ada pas khas). Pengawal keselamatan yang bertugas turut sama bersedih dengan kami. Mereka datang melawat mak dan mengikuti perkembangan mak, walaupun hakikatnya mak tiada pertalian darah dengan mereka.

Selepas 4 hari bertarung dengan nyawa, emak pulang ke rahmatullah pada 29 Jun 1996. Usianya masih muda, baru 54 tahun ketika itu dan ada 2 minggu sahaja lagi untuk sambut hari lahirnya yang ke 55.

Kenapa saya menceritakan semua ini? Tidak lain kerana sambutan Hari Ibu pada hari ini dan juga kerana kekerapan hampir semua stesen radio dan televisyen memutarkan lagu Mama Spice Girls sejak hari Jumaat hari itu.  Semua ini meletakkan saya kembali pada saat itu. Saat di mana saya kehilangan insan yang paling saya sayang. Namun begitu, saya tidak pernah menyalahkan takdir. Sekurang-kurangnya Allah swt memberi peluang kepada kami semua merasai kasih sayang emak. Untuk itu saya amat bersyukur. Selamat menyambut Hari Ibu semua.....jgn lupakan ibu anda! Keserian sebuah rumah akan pudar tanpa seorang ibu.



MAMA - SPICE GIRLS
She used to be my only enemy and never let me be free
Catching me in places that I knew I shouldn't be
Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama I love you.Mama I care
Mama I love you . Mama my friend. You're my friend
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now
Every little thing you said and did was right for me
I had a lot of time to think about,about the way I used to be
Never had a sense of my responsibility
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes, all that you did was love
Mama, I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama ,my friend. You're my friend
But now I'm sure I know why,
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All I can give you is love is love
Mama I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama, my friend,You're my friend
Mama, I love you, Mama ,I care
Mama, I love you, Mama, my friend, You're my friend

Monday, May 2, 2011

Reality check, politik dan pelajar........

Definisi: Reality check merujuk kepada langkah untuk menyiasat atau memeriksa atau mengkaji situasi sebenar untuk dibandingkan dengan apa yang dijangka atau diharapkan. Apabila kita meminta atau menyuruh seseorang membuat reality check bermakna kita mahu individu berkenaan mendapatkan sesuatu yang hakiki dan tidak bergantung kepada apa yang dijangka atau yang diharapkan atau yang disangka selama ini. Selalunya perkara ini sering dikaitkan dengan populariti dalam politik.



YUP!Saya baru sahaja membuat reality check ke atas diri saya sendiri. Sekali-sekala kita perlu melakukannya agar kita tidak terus jadi PERASAN. Haha....



Perkara yang saya sangka selama ini disukai orang, rupa-rupanya tidak disukai langsung. Malahan yang lebih teruk lagi, saya membuat beberapa manusia berasa tidak selesa menggunakan medium komunikasi paling ampuh era ini (internet=laman sosial + blog).



Hakikatnya ramai manusia tidak suka kepada saya @ cara saya. Walaupun pada asalnya mereka tidak kisah. Mungkin kerana saya ini berbeza 'kabilah' lantas saya langsung tidak boleh menjenguk @ mengambil tahu @ menunjukkan nilai ambil berat seorang manusia biasa kepada manusia sebangsa dan seagamanya.



Seperti juga dalam politik, seorang calon yang sudah tidak popular perlu : sama ada (1) mengundurkan diri @ (2) menanggung kekalahan yang teruk. Smart people know when to stop or in my case withdraw, so I choose number 1.



Saya harap tiada sesiapa membuat andaian yang bertentangan dengan niat sebenar saya selama saya suka memberi komen dalam laman sosial. Sekiranya itu berlaku, maka mereka telah mencipta suatu bentuk fitnah terhadap saya. Atas dasar inilah saya tidak mahu menyertai mereka lagi, agar mereka tidak menganyam apa-apa bentuk berita palsu mengenai diri saya lagi. The truth is, I’m saving you all, so be grateful. Haha…



Ok…selamat semuanya dan selamat berlaman sosial dan berblog dgn tenang kerana saya tidak lagi mahu menyertai anda yang tidak selesa dengan saya.


P/S: apabila saya membaca post anda semua sama ada melalui laman sosial @ blog, perasaan yang hadir dalam diri saya adalah TANPA PREJUDIS! Jadi, tiada apa yang perlu ditakutkan sebenarnya.

Friday, April 22, 2011

Kristalistik yang majestik....



Bagai tenggelam dalam Hikayat Seribu Satu Malam, itulah perasaan saya ketika pertama kali melihat Masjid Kristal. Dalam sesaat itu saya merasakan diri saya berada di dalam cerita ciptaan Permaisuri Shahirazad -- Aladdin.

Bulan Mac lalu saya dan keluarga telah ke Terengganu. Asalnya kami menghantar adik bongsu saya untuk melangsungkan pernikahannya di Dungun. Selepas majlis pada esok harinya, kami telah bertolak ke Kuala Terengganu semata-mata mahu membawa ayah kami yang terlalu teringin melihat Masjid Kristal. Kami tiba waktu tengah hari di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.

Di bawah panahan cahaya matahari yang terik, Masjid Kristal kelihatan seperti satu enigma pada pandangan mata saya.





Gambar anak saya, Husna dengan anak-anak saudara saya, Haziq dan Hakim.



Gambar kandid -- Hakim ketika itu sedang cuba memanjat menara masjid. Kelihatan ayah saya menegur cucunya untuk turun. 



Saya mengambil gambar ayah saya yg sedang mengambil gambar pokok dengan latar belakang menara masjid. Ayah saya tak perasan pun saya shoot gambar dia...haha..