Tuesday, March 24, 2009

baca novel bagai nak rak......

24 Mac -- Membaca novel bukanlah satu hobi yang memberangsangkan...itu kata sesetengah orang. Membaca novel (terutamanya novel cinta) juga menjadikan minda jumud...itu kata orang yang perasan bijak. Sama jugalah dengan orang yang kata membaca komik Ujang atau Gila-gila itu tidak ada faedah. Betul ke tak ada faedah?





Saya senyum sahaja setiap kali ada orang yang kata begitu. Apa yang boleh saya katakan lagi? Sebenarnya saya sudah 'addicted' kepada novel. Apa-apa jenis novel tidak kira kisah cinta, thriller,keagamaan, misteri atau mistik.





Dalam ruangan blog ini saya mahu berkongsi pendapat dengan semua orang tentang novel-novel tempatan mahupun antarabangsa yang pernah dibaca.

No comments:

Post a Comment