Sunday, May 15, 2011

Pelajar tanpa kerja kursus=gagal

Majoriti pelajar amat bergantung kepada markah kerja kursus untuk mengekalkan tahap grade yang baik. Sekiranya hanya sekadar mengharapkan peperiksaan akhir, ramai pelajar akan gagal. Cerita ini bukan termaktub kepada pelajar yang mengambil subjek yang diajar oleh saya, tetapi juga subjek-subjek di luar lingkungan lapangan komunikasi.

Ramai pelajar tidak tahu yang pensyarah selalu sahaja "agak" tertekan apabila memeriksa kertas peperiksaan akhir. Bukan sahaja kerana tulisan yang menjulingkan mata, tetapi juga gaya penulisan yang bercelaru. Ada kalanya kami terpaksa membaca satu patah ayat itu berulang kali untuk memahami apa yang pelajar berkenaan mahu sampaikan. Kami sebagai pensyarah cuba sedaya-upaya kami memberi keadilan kepada pelajar dengan mencari, meneliti dan menggali isi-isi yang boleh memberikan markah ke atas skrip jawapan mereka semua.

Tidak dapat dinafikan ada juga beberapa pelajar yang tahu mencorakkan permarkahan mereka sendiri iaitu dengan memberi hasil kerja kursus yang memuaskan. Pelajar sebegini sering sahaja berupaya memperolehi A atau  B+ yang kuat untuk subjek berkenaan walaupun mereka tidak suka kepada subjek tersebut.

Apabila menyentuh tentang assingnment, bagi saya kerja TANPA COPY & PASTE itu sgt penting. This whole thing 'bout copy & paste, I blame it on the technology...although I knew I shouldn't (sigh)....

Namun begitu, saya tetap juga menerima  hasil kerja yang ada unsur plagiat itu dengan syarat ianya tidak melebihi 50% daripada keseluruhan hasil kerja yang diberikan kepada saya. Tetapi kalau sudah hampir 90% kerja yang diberikan berdasarkan footnote sahaja (cuma kesimpulan sahaja idea sendiri, itupun entah apa2), bagaimana saya mahu menilai kemampuan dan standard pelajar berkenaan?

Berbalik kepada topik utama cerita ini, iya memang ramai pelajar gagal sekiranya hanya mengharapkan markah peperiksaan akhir. Untunglah sistem grading IPT berbeza dengan sekolah sejak dari dahulu lagi. Kalau tidak, alamatnya dalam 1000 yang masuk, hanya 100 sahaja yang berjaya sampai konvo.

Hmmmmm......? Saya sedang memikirkan sesuatu yang menakutkan.....adakah saya dan berjuta lagi bekas mahasiswa yg ada skrg ini juga tergolong dalam 900 itu seandainya sistem permarkahan IPT hanya bergantung kepada peperiksaan akhir? Haha....

2 comments:

  1. huhuh .. perenggan yg akhir tu agak kelakar lah puan .. hehe .. btw, sy nak tawu jugak brape sy dpt utk carry mark flkp .. hehe .

    ReplyDelete
  2. cik aisya...perenggan akhir tu agak kelakar ek? haha...tp itu suatu kenyataan. Sebab tu, adalah mandatori bg semua student utk target markah tinggi bagi kerja kursus supaya tk terkehel tengkuk tu kalau2 tk bleh nk jwb paper final...

    carrying marks? :)

    ReplyDelete