Wednesday, May 25, 2011

Nukilan rasa untuk Allahyarham Bakri Ibni bin Yahaya - Bahagian 1

Dari kiri : Nur Saffiyah bt Sahani, Noor Hidayatul Huda bt Mohd Sharif, Nurul Hidayati bt A Kasah,
Muhammad Shahrul Shahwal bin Nordin, Allahyarham Bakri Ibni bin Yahaya,
Che Muhammad Farris bin Che Isa, Mohd Hanif bin Mohammad Halmi dan Ahmad Adib bin Tahiron


Gambar di atas di ambil pada 14 Mac tahun ini. Lokasinya adalah di Alamanda, Putrajaya. Kelapan-lapan mereka ini adalah pelajar saya. Orang di sebalik kamera ini adalah saya sendiri = saya yang shoot gambar ini. Hari itu adalah hari saya meluangkan masa bersama-sama dengan mereka. Sungguh, apabila saya menatap gambar ini, pelbagai rasa menular dalam diri saya.

Saya rasa bertuah kerana telah dan pernah meluangkan masa senggang bersama-sama dengan mereka. Saya mencipta kenangan untuk diri saya sendiri ketika bersama-sama dengan mereka dan kenangan itu banyak berkait rapat dengan Bakri.

Bakri adalah seorang insan yang sangat baik yang pernah saya temui. Tiada perkataan "musuh" @ "gaduh" @ "benci" dalam kamus hidupnya. Sebagai pelajar pula, Bakri adalah seorang yang amat menghormati gurunya.

Satu perkara yang amat saya suka tentang Bakri adalah sikapnya yang suka mengambil berat. Malahan saya sendiri tidak terlepas daripada "kerisauannya" itu.

"Puan sihat?" "Puan dah makan ke belum?" "Puan ada masalah ke? Tadi dalam kelas nampak lain jer mood puan." "Puan tak puas hati dengan kami ke?"  Ini adalah antara soalan-soalan yang sering dihamburkan kepada saya ketika saya online di FB. Adakalanya saya tak terjawab soalan-soalan "risau" Bakri itu.

Berbalik kepada gambar di atas....saya termenung seketika apabila menatap kembali gambar ini semalam. Daripada lapan, kini tinggal tujuh. Bagaimanakah agaknya kelas asas komunikasi tanpa Bakri pada semester akan datang ini?

No comments:

Post a Comment