Thursday, April 21, 2011

Noor Jahan Bakery...menyusuri nostalgia

Setiap kali menyusuri laluan kurang sibuk di sekitar bandaraya Ipoh, minda sering sahaja disapa nostalgia masa lalu. Keadaan bandaraya Ipoh tidak ada banyak bezanya jika dibandingkan dengan situasi 30 tahun dahulu.

donut harga RM1...besar, boleh potong empat


Seperti biasa, setiap kali pulang ke bandar kelahiran saya ini, saya pasti akan mencari donut Noor Jahan. Rasa donut buatan pembuat roti keturunan India Muslim Ipoh ini masih tidak berubah. Lidah saya tidak jemu mahu menikmati rasa dan aroma donut yang sangat "simple"itu. Ianya lebih kepada memenuhi tuntutan untuk merasai kembali nostalgia zaman kanak-kanak. Saya dan adik-beradik saya membesar dengan roti-roti keluaran Noor Jahan Bakery dan French Bakery (sudah tiada). Ketika itu Gardenia, High Five @ Roti Boy tidak wujud lagi.


Menurut ayah saya Noor Jahan Bakery sudah wujud sejak dia masih kecil lagi dan kedai nya tetap terletak di tempat yang sama. Kini anak saya pula dapat merasa hasil keluaran sebuah kedai yang sudah berusia hampir 70 tahun.
kuih kegemaran ayah saya...keras tp sedap harga 50 sen satu

 
cash machine zaman tok kadok...masih digunakan

Saya ingat lagi, ketika saya kecil, kedai Noor Jahan Bakery yang terletak di Jalan Raja Ekram sentiasa sibuk. Ketika itu French Bakery terletak bersebelahan dengan Noor Jahan Bakery. Kelihatan motor-motor penjual roti berderet tersadai di hadapan kedai untuk mengambil roti. (Kami menggelar penjual roti bermotor dengan nama teng-teng kerana mereka akan ketuk besi yang membuat bunyi 'teng-teng' setiap kali  menjaja dari rumah ke rumah sekitar Ipoh).

Ketika zaman "populariti" mereka  itu, kawasan sekitar kedua-dua kedai roti ini amat sibuk dan ketika itu agak sukar untuk mendapatkan kawasan parkir yang berdekatan.


keadaan kedai yg lengang.....
Kini, semua itu tinggal sebagai satu kenangan dalam minda manusia yang pernah merasakan situasi itu. Ketika saya membeli donut Noor Jahan baru-baru ini, tokeh kedai tersebut menyatakan jualannya tidak semeriah dahulu lagi. Saya sempat mengambil beberapa gambar untuk kenangan.



2 comments:

  1. entry pn kli ni mmbuatkan sye brase lapa..hahaha..tringn lak nk rse, mkn ptg2 sdap ni..

    ReplyDelete
  2. haha...kalau teringin nk rasa, rajin2 ler pergi Ipoh....rasa dia biasa jer sebenarnyer, tapi saya suka sgt2...mmg masa saya kecik2 dulu itulah antara kudapan waktu minum petang kami...

    ReplyDelete